BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 20, 2010

Ramadhan Datang Lagi!!!


Monday, June 14, 2010

Tuesday, June 1, 2010

PASTIKAN TIBA!!!

Slm.pls 4wd sms ni kps seramai kawan yang ada!!- Dr ketua misi LL4G- Msia, Tuan Hj Norazman : kami sedang berada di perairan Gaza dlm jam 4.30 ptg (waktu malaysia)kami akan berdepan dengan kapal Israel. Pasukan konvoi LL4G Msia dan indonesiadiberi amanah untuk menjaga keselamatan kapal konvoi. Dijangkakan komando Israel akan turun kapal melalui helikopter dan cuba merampas kapal konvoi tersebut. Mohon doa n solat hajat dari semua muslimin.4ward kps kwn2.-tak tahu apa dah jadi setakat ni. Tapi, truskan berdoa.semoga Allah memberi bantuan.yahudi laknatullah!

Ni la mesej panjang yang aku dapat semalam dari seorang junior aku. Aku pun forward kan la sekadar mampu. Sebelum tu mungkin ramai yang tak tahu LL4G tu apa. Aku pun tak berapa tahu sebelum ni. Tahu ada misi nak hantar baruan ke Gaza je. Tapi tak tahu nam misi tu. Rupanya LL4G ni stand for nama misi hantar bantuan ke Gaza tu Lifeline 4 Gaza. Misi antarabangsa yang di pengakhirannya adalah untuk mengembalikan tanah Palestin kepada rakyatnya.Sebelum ni dah ada beberapa siri konvoi untuk menghantar bantuan ke palestin. Yang terbaru kes yang kerajaan mesir yang menghalang perjalanan konvoi tu ke Palestin. Mesir yang terkenal sebagai tempat bermulanya haraki islamiyyah yang menghalang perjalanan tu. kalau As syahid Imam Hasan Al Banna melihat benda ni mesti dia sangat2 keciwa..Berbalik kepada misi kali ni.Dijangka dalam lingkungan 700 orang dari 40 buah negara yang terdiri yang terdiri daripada termasuk ahli parlimen dari Eropah, ahli Parlimen Israel, para ulama, jurnalis, wartawan, dan aktivis kemanusiaan dari pelbagai latarbelakang agama. Diorang mula bertolak sejak 15 May hari tu dan berkumpul di laut Mediterranean berdekatan Cyprus.Bercakap tentang isu Palestin ni bukan sahaja umat islam yang cakna. Tapi umat agama lain pun tahu tentang ketidakperikmanusian regim zionis ni. Kelmarin aku tengok kat TV ada untie bangsa Israel tu memang cakap geng2 yahudi ni dah melampau dan memalukan bangsa. Kelmarin juga kenyataan yang di keluarkan oleh Catherine Ashton, Naib Presiden Bagi Polisi Luar Kesatuan Eropah, pun menyeru agar kepungan Israel ke atas Gaza dihentikan segera. Ni aku amik sikit kata2 dia“Kami ingin menegaskan bahawa seruan Kesatuan Eropah agar segera dihentikan sekatan dan tanpa dikenakan sebarang syarat penyeberangan bagi aliran bantuan kemanusiaan, barang komersial dan warga awam masuk dan keluar dari Gaza,”“Polisi pengepungan ini tidak boleh diterima dan secara politik juga tidak konstruktif. Kesatuan Eropah tetap prihatin dengan situasi kemanusiaan di Gaza.”Selain tu Perdana Menteri Turki, Recip Tayyip Erdogan dan beberapa negara lain pun dah member jaminan keselamatan konvoi ni. Nampaknya banyak pihak dah mula sedar tentang isu palestin ni. Alhamdulillah.. Tapi masih ada segelintir dari kita yang masih belum cakna tentang saudara seakidah kita yang terus ditindas dan ditekan di bumi barakah palestin. Jadi aku menyeru semua dari kamu dan terutama aku untuk menyumbang seberapa yang termampu untuk membantu saudara kita di sana. Kalau tak mampu untuk menyumbang secara material. Cukup lah dengan mendoakan keselamatan aktivis2 yang sedang berjuang di sana dan kepada seluruh rakyat palestin.

Copy From:www.ikutsukaatiaku.blogspot.com

Marilah kita cakna dengan isu yang menimpa saudara seakidah kita.. Kalau nak tahu perkempbangan terkini boleh masuk sini http://twitter.com/lifeline4gazawallahualam..

sumber :http://isiukm.blogspot.com/2010/05/gazabantuanmu-pasti-akan-tiba-lifeline.htmlhttp://haluanpalestin.haluan.org.my/

p/s : kecewa dengan kenyataan PM kita yang menyatakan umat Palestin lemah.sila baca http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Wednesday, May 26, 2010

Pengorbanan ZAINAB AL-GHAZALI

Ada sebuah kisah menarik yang pernah terjadi di suatu negeri pada tahun 1965.

Peristiwa ini, perlulah dijadikan pengajaran terutamanya untuk kaum muslimat.

Di waktu itu, hiduplah seorang aktivis muslimah yang menyeru manusia kepada Allah SWT.

Namanya Zainab Al-Ghazali.

Dia adalah seorang da’ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya. Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dia memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu.

Zainab Al-Ghazali pun telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meremang bulu roma di saat mendengar kisahnya. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar. Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu.

Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, “Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu.” Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24. Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara:

“Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, “Bismillah As-salamu’alaikum.” Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.
Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, “Ya Allah, Ya Allah…” Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo’a kepada Allah swt. dengan mengatakan,

“Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!”

Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)

Ini adalah peristiwa nyata yang terjadi semasa kekejaman pemerintahan. Peristiwa itu merupakan pertolongan yang diberikan Allah kepada Zainab Al-Ghazali, wanita muslimah tersebut. Mereka tidak berhenti melakukan penyiksaan kepada wanita muslimah ini. Hari demi hari berganti, bulan demi bulan teru berjalan dan tahun-tahun pun berganti. Namun, Zainab tetap terkurung didalam penjara dan menerima berbagai macam penyiksaan, tanpa kesalahan yang jelas.

Wahai saudaraku muslimah yang mulia, ini adalah realiti yang dialami oleh sebahagian saudarimu seaqidah yang tersebar di berbagai belahan bumi. Meski demikian, Zainab Al-Ghazali tetap bersabar dan mengharap pahala dari Allah, Dzat Yang Maha tinggi dan Maha kuasa. Ia selalu tegar kerana sangat yakin bahawa pertolongan Allah swt. pasti datang. Demikianlah, kekuatan iman itu dapat menimbulkan berbagai hal yang menakjubkan, sulit untuk dicerna oleh pemikiran manusia.


The URI to TrackBack this entry is: http://cheekylulu.wordpress.com/2008/06/13/pengorbanan-zainab-al-ghazali/trackback/

Kursus Kepimpinan Persatuan (KKP'10)

Explorace!!ish3x..zombi kg Pisang..

Kumpulan Tiger




Kumpulan Miaww(Smile)




Kumpulan Tikus

Assalamualaikum...ermm ari ni masih dalam keletihan pas dari kursus..huh!!tp mau juga buat post baru ni..mau kongsi pengalaman la kunun..
wui na...ari 2 ada Kursus Kepimpinan Persatuan(KKP'10)under PMFEP fakulti ..best 2 ..alhamdulillah.kami buat d Nur Laman Bestari Ulu Yam,Selangor..pada 21-23 mei 10..



tujuan program ni mau kaci mantap kunun ni barisan pimpinan PMFEP dgn sngt kerjasama berpasukan..ui na objektif 2..MANTAP BAH!!



ari 2 jumaat berangkat jam 3 ptg..hehe..mcm biasa aku adlh org terakhir smpai jam 3.20 ptg beb..bukan x tepati masa tp tangga KIZ byk sgt daa...(alasan).tp akhirnya smpai jg..



Alhamdulillah..bgn2 dari tidur smpai suda d tmpt yg dituju..wuyoooooo!!cantiknya tmpt..ada sungai..smpai2 jak berkumpul d Dewan Bestari 3.Alhamdulillah km berkenalan dgn consultant kat sna..ada cikgu ilham@abg farhan,uncle BOB,kak Inaz dsbnya..



Hari first 2 best la LDK dia..susah la nk ckp pasal pengisiannya..btul2 tersimpan kat hati ni..ktorg buat topi,organisasi,bg kump,buat yell,trademark individu..byk la..



Tp hari kedua lagi la mencabar..ish3x..ada pengisian ttg cmna nk buat ketas keja yg terbaik n ttg kewangan nk buat program,brainstorm program exco n kelab..ada junggle trekking,night walk,yg x tahan 2 aktiviti "FALLING DOWN"ish3x menyeramkan!!masuk hutan n masuk air beb..tp alhamdulillah..segala cabaran dpt diatasi dgn jayanya..YES!!Hari ketiga plak explorace..alamak!!masuk selut..mcm askar daaa..akhirnya..alhamdulillah program HABIS..alhamdulillah..



Tp tuk majlis perasmian penutupan ni,,ehem2,,maklumlah org ndk pakar pasal protokol ni..antam jak la..ada la cacat celanya 2,,apa boleh buat..sabar la postmoterm nanti..huuh..muka n telinga mesti merah ni..hehee..layan..kt kan baru bljr..besa la salah2 2..RELAX!!padahal hati berdegup laju sudah ni..



Akhir sekali,aku puas hati la dgn program ni..dia membina keyakinan diri kt,kerjasama kump n paling penting ukhuwwah n kesefahaman serta ...............................x terungkap dgn kata2..



walauapapun setiap program 2 ada kebaikan n keburukannya..kt ambk yg baik n tggalkan yg buruk..semoga yg baik menjadi yg lebih baik n buruk 2 d jadikan sempadan,.n dlm program ni barum saya tau yg kita semua MAMPU buat sesuatu benda yg kita xsangka kita boleh buat rupa2nya..Oleh itu,kuatkan semangat!!kita mampu hadapi semua cabaran yg mendatang x kira dari kanan @ kiri..Hadapilah ia dgn SENYUMAN n mengharap REDHA dari yg Maha Esa..insyaallah..



Ni la gmbr barisan PMFEP 10/11 n ahli2 kelab eko,akaun ,n perniagaan..ish3x,,mantap kan kami..thanks kpd yg menjayakan program..KP,AJK n semuanya..semoga SUCCESS!!





Kumpulan Power UKM




Monday, May 10, 2010

TELADAN KISAH KEMATIAN MUSTAFA KAMAL ARTARTUK(Mati tak diterima bumi)




MUSTAFA KAMAL ARTARTUK...KENALKAH ANDA????



Mustafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. . Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama latifah hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki,Bercy Lorren ke kediamnya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk.

Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama ada patut atau tidak belaiu disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi. Jawatan presiden kemudianya disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada tahun 1357H (1937M).

Banyak perubahan yg dibawa oleh Mustafa lkamal Artartuk untuk memansuhkan islam di Turki.
Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki) :-

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.
Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!!!


Mustafa bersama isterinya



http://villainpaintball.blogspot.com - Malaysia's Paintball Scene

Saturday, May 1, 2010

JAULAH KELAB KEROHANIAN IZISH..

SERONOK SANGAT UKHUWWAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

eh lupa plak..Assalammualaikum...
wah excited nk post entry baru ni..
ari 2, kelab kerohaniah IZISH ada buat qiamulail kat surau IZISH untuk kali yg keduanya..best OOOO..yg best lagi..ukhuwwah ktorg makin rapat beb..
dan rasanya inilah qiam yg amat bermakna (yg buat scr uk)dalam hidup aku selama kat UKM ni..terasa nikmatnya..mnta2 apa yg aku rasa ni,sama dgn apa yg kwn2 aku rasa..chewah..

Qiam kali kedua ni dibuat pada 23/4/10 jumaat.ktorg muslimat stay kat bilik sumber n muslimin stay kat surau..besa la.aku adalah org terakhir yg dtg n malangnya kena baca Al-Mulk sorg2..huhu.sedih..tp xpa..mlm 2 agenda aku nk mengacau kwn2 tido xjd sbb dorg dah tido da..

kringgg!!!bunyi jam..ada mcm2 bunyi alarm jam lagi la...bunyi azan,lagu ayat2 cinta..aisyeh..lagu bikin tambah ngatuk ada la..hehe..tp km terbangun jg la..
kak kinah gerakkan..BANGUN!!!km pn siap2 nk g surau utk mengerjakan qiam pada 2/3 malam yg penuh barakah 2..

Syakir kot yg jadi imam pagi 2..solat tahajjud.solat taubat,solat hajat,witir....
akhirnya solat subuh..penuh kekusyukkan..insyaallah..

lps solat..Al-Mathurat Kubro..ish2..pengalaman first time baca Al-Mathutat kubro..selama ni baca Al-Mathurat sughro je..hehe..
tp ari 2 xdpt baca Al-mathurat Kubro sbb kena buat air untuk sarapan dgn nik..
tp ari 2 smpt gak baca al-mathurat sughro kat bilik femina dgn nik smbil2 buat teh O..hehehe..nik imam.

nik rasa teh ni..ok x??hehehe..soalan yg diajukan kpd nik...hehe skemanya.
nik kata azida buat teh tp yg menyedapkan air adalah senyuman nik..hehe..lucu la nik ni..betul la 2 nik..hehe..klu x teh O ktorg xabis..hehe..perasan..

lps 2 pg2..ktorg pekena nasi lemak.a.zul beli kot..terbaek la a.zul..ditambah lagi dgn teh O senyuman nik..perrgHH
mantap beb..

ari 2 ktorg rncg nk g jogging kat stadium..fuyoo..mantap muslimat..nasib baik x hujan.Terima kasih ALLAH..inilah keinginan yg aku ingin capai setelah sekian lama..Akhirnya TERCAPAI!!!seronok giler!!hehe


Ni la gambar2 km sebelum,semasa dan selepas dr stadium..berbagai2 ragam yg ada..kak kinah,kak iqa,sakinah mohd,adibahanis,nadia dan qaneah..ukhuwwah benar2 terjalin..

kenangan ini akan ku ingat selamanya..xkan ku lupa saat2 kt bersama..buat nik..jgn jeles ea..klu xda hal pmf,mesti bleh ikut pnya..nanti kt g sm2 ea..